NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian Minggu – 6

20 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

19 Ogos 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian Minggu – 6. Seramai 1 orang peserta telah mengikuti kelas ini.

Dalam modul Pemasangan Smart Watering Device, peserta telah diberikan penerangan berkenaan pemasangan smart watering device. Modul ini dimulakan dengan menentukan lokasi peranti, sumber air dan kawasan tanaman yang akan disiram. Sambungkan paip utama ke saluran Water Inlet dan hos penyiraman ke Water Outlet. Pastikan setiap sambungan dipasang ketat bagi mengelakkan kebocoran. Seterusnya, pasangkan bateri atau bekalan kuasa dan hidupkan peranti. Tetapkan jadual penyiraman seperti masa, tempoh dan kekerapan melalui panel kawalan atau aplikasi, bergantung pada model peranti. Jalankan ujian sistem untuk memastikan aliran air dan fungsi automatik beroperasi dengan baik. Akhir sekali, periksa tekanan air, sambungan paip dan tetapan sistem sebelum digunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali